Tuesday, October 28, 2008

reunion f6



kenangan bersama member form6...semuanya masih study kt KL ...sukar untuk melupakan kenangan di zaman persekolahan..ada yang manis ada yang pahit...tetapi itu semua mengajar kita realiti kehidupan yang sebenar...walaupun jauh di mata tetapi dekat di hati..

Thursday, October 23, 2008


Mawar itu indah dilihat...seakan berseri...sentiasa menguntum senyuman dan baunya harum meninggalkan seribu ilham, ... bayangkan betapa nikmat kita sekiranya berseri seperti mawar itu...tetapi harus ingat mawar pun berduri....

salam...



Hari ini lega rasa hati dapat siapkan cerpen Dr. Mawar...sudah berminggu-minggu aku ingin siapkan tetapi tiada idea untuk menulis...betapa sukarnya aku...kacau bilau aku di buatnya takut juga cerpen itu betul ke salah ...perasaan itu bermain- main di fikiranku..tapi yang penting aku mencuba sedaya upaya untuk menghasilkan yang terbaik...walaupun songsang tapi ini sebagai detik permulaan untuk aku terus berkarya...tidak salah untuk aku mencuba perkara yang baru belajar....manusia tidak boleh lari dari kesilapan...

Monday, October 20, 2008




Kenangan bersama Hajah Halimah bt Hassan...


Labu sayung memang terkenal di Perak dan merupakan sebahagian dari pendapatan penduduk mereka, walaupun harganya tidak mahal, tetapi cantik di jadikan hiasan di rumah, sebagai kenang-kenangan kami ke sana ... ayuh! singgahlah ke Perak...



pesanan dr kami....

Disini adalah Istana Kuning di Perak...banyak barang yang berharta di dalamnya...jom cuti-cuti Malaysia....lawati tempat-tempat bersejarah di negara kita...


kenangan bersama teman di Perak...memang best dapat kenal makam sultan- sultan terdahulu....memang besar makam tersebut...tapi kawasan ini sangat terbiar tanpa ada yang mengambil langkah untuk di jadikan harta khazanah kita semua...alangkah sedihnya pengorbanan mereka tidak dihargai oleh kita ...bersama-samalah kita memelihara sejarah makam tersebut spya terkenal di seluruh pelusuk dunia...harta itu amat bernilai bagi kita semua.....

Thursday, October 16, 2008


aku tidak dapat melelapkan mata sejak kebelakangan ini...walaupun malam telah jauh tetapi aku masih lagi terkebil-kebil tidak lena untuk tidur...mungkin memikirkan bebanan tugasan yang diberi...mungkin juga rakan-rakanku yang lain mengalami situasi apa yang aku alami sekarang ini...masa begitu pantas berlalu dan sentiasa mencemburui setiap keseronokan yang kita alami.. tetapi apa yang dapat aku pelajari dalam kehidupan ini adalah manfaatkan masa yang ada sebelum masa mencemburui kita....

Setiap malam diriku ditemani oleh rintisan hujan ....alangkah lenanya jika diulit mimpi sewaktu hujan berlalu...kadangkala hujan menyebabkan aku lambat ke kuliah..kadangkala hujan memberikan aku seribu ilham ...bayangkan bumi ini apa akan terjadi sekiranya hujan tiada???



Hari ini memang padat dengan kuliah...keletihan jelas di mata, kepala semakin berdenyut- denyut seperti tidak sabar untuk balik ke bilik untuk hilangkan stress...terbayang- bayang katil seperti ternanti- nanti kepulanganku ini...alangkah damainya dapat berehat di tepi pantai dengan bunyi deruan ombak yang memecah kesunyian, kicauan burung yang berterbangan , dengan suasana yang menyeronokkan..dapatlah juga menghilangkaan segala keletihan ini...alangkah damainya hati ini......

Wednesday, October 15, 2008





Ikutlah resmi padi....makin tunduk makin berisi..

Selamat Hari Raya untuk semua....


Ingat kuali ingat nak masak...balik dari kuliah teringin nak masak juadah yang menyelerakan pastinya..andainya aku seorang tukang masak tersohor pasti masakan ku nanti akan menepati citarasa pengunjung dengan aroma yang menyelerakan untuk menjamu selera ...semoga impian jadi kenyataan..

Sesekali terpandang juadah terhidang , mengingatkan kembali masakan ala kampung yang mempunyai aroma masakan yang memang enak, dapat meningkatkan selera makan apabila dijamah .....tetapi itu jarang sesekali sahaja dapat kurasakan apabila tinggal berjauhan dari kampung halaman...aduh rindunya masakan itu..